Sunday 27 May 2012

IMTIYAZ BAHASA ARAB PMR- MUHAYYAM TARBAWI 2012

 MUHAYYAM TARBAWI PMR, SPM & STAM 2012

Anjuran: Unit Akademik, Panitia Bahasa Arab,
dengan kerjasama JPNS, Unit Kaunseling dan PIBG SAM Muhammadiah Pekan Sabak
Alhamdulillah saya sebagai Penyelaras Program Bahasa Arab Tingkatan 3 berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya dengan kerjasama team-work guru2 Bahasa Arab yang lain..diharap program ini dapat memberikan impak yang positif kepada pelajar2...jihad selama hampir 3 hari berjaya menjadikan program ini berjalan dengan lancar.
Terima kasih juga pada para penceramah dan fasilitator yang menyumbangkan tenaga bersama2 kami menjayakan program ini..."Memperkasakan Bahasa Arab lughatul Jannah"

 Banner Muhayyam Tarbawi yang digantung di hadapan pintu masuk utama sekolah

 Sesi pendaftaran dan taklimat program pada 25/5/2012 3.00 petang

 Ustazah Haslinda sebagai penyelaras program STAM memberikan taklimat program kepada pelajar




 Cikgu Syuhada Nor wakil warden ketika sesi pendaftaran peserta

 Cikgu Rohani guru tingkatan 3 Ibnu Sina..

 Sabtu 26/5/2012
SLOT 1& 2 : SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BAHASA ARAB PMR
8.00-10.00 pagi dan 10.30 12.30 tghr

 penceramah slot 1&2 Ustaz Husni bin Ramli guru cemerlang SMK Abdul Jalil



 Pelajar bersemangat mengikuti bengkel tersebut

 Ustaz Wan Fakhruddin menyampaikan saguhati dan cenderahati kepada penceramah

Pelajar tidak melepaskan peluang bersalaman dengan penceramah yang mahu pulang

SLOT 3 : THARWATUL LUGHAWI 
(2-30-5-00 petang) bersama Guru Cemerlang Ustazah Haslinda Masian
 

 LDK bersama fasilitator

 

 Ahad 27/5/2012 
EXPLORACE ARABIYAH

 
Taklimat dan pembahagian kumpulan explorace
 Check point terakhir utk menentukan pemenang

Acara kemuncak..penyampaian hadiah 






 Bersama Puan Pengetua, barisan AJK dan Fasilitator


SELAMAT HARI GURU...
Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru, sama ada cikgu, teacher, ustaz, ustazah dan sebagainya..terutama guru2 yg telah mengajar dan mendidik saya dari SRK Sultan Abdul Aziz Kg Kuantan, SRA Pasangan, SAM Jeram dan SMKA Simpang Lima. Tanpa guru2 siapa lah saya..kerana guru saya berada di sini..yg kini menyambung usaha anda..mendidik anak bangsa...

Ucapan Hari Guru ini juga ditujukan kepada rakan seperjuangan di SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Hepi Teaher's Day kawan2...cuma kami menyambut hari guru lambat sedikit drpd tarikh 16 Mei...sambutan hari Guru di sekolah kami baru saja berlangsung pada 25 Mei 2012..Jumaat lepas..hari terakhir persekolahan sebelum cuti Pertengahan Tahun ni. Beberapa gambar di bawah utk halwa mata pembaca...

 Persembahan guru bersama pelajar

 Cikgu Ainon Ipin bersama dayangnya..


Koleksi sempena Hari Guru sepanjang berkhidmat di sekolah...


Antara penghargaan daripada pelajar





Deklamasi sajak daripada pelajar



Bersedia untuk menyampaikan lagu Guru Malaysia



Antara guru-guru yang menerima hadiah dan anugerah pd hari guru



I'm proud to be a teacher...semoga Allah memberkati segala usaha yang dicurahkan selama ini. Semoga Allah juga memberikan kekuatan dan kecekalan untuk meneruskan usaha mendidik anak bangsa..Amin Ya Rabbal Alamin

Sunday 13 May 2012

aktiviti sepanjang bulan April-Mei 2012

assalamualaikum wbt..
 Dah lama nk upload beberapa gambar ni tapi blm ade kesempatan hinggalah hari ini, berjaya juga akhirnya nk update blog ni..jom ikut saya...



 Ni aktiviti suami & anak2..ape lg klu bukan memancing...

Rasanya bulan April-Mei ni bulan2 yang sibuk tahun ni buat aku dan kawan2 di sekolah...di samping sibuk dgn tugas mengajar di sekolah, 2/4 kena pantau ngn Guru cemerlang kat sek aku..Uszh Haslinda Masian..alhamdulillah berjalan lancar...pastu cbuk plak msukkan data pelajar dalam apdm sampai berpinar2 mata kami guru2 kelas ni, kelas tambahan petang, bkn tu je kami sibuk dengan tugas di luar..4/4 ari tu kena gi 1 kursus kat s.alam..sib baik suami nk hntarkan...aku ngn kwn2 lain pun x berani nk drive sendiri pi sana..25-26/4 kami menyertai kejohanan bola baling peringkat daerah Sabak Bernam..alhamdulillah team pmpuan dapat tempat ketiga dan yg paling best team lelaki dapat Johan..seronok sangat...

Kejohanan Bola Baling Daerah Sabak Bernam..ni la team SAMMPS









Kenangan yang x mungkin kami lupakan kerana ini adalah team terbaik kami sepanjang menjadi guru penasihat Kelab Bola Baling sekolah

29/4/2012  : Hari Penyampaian Hadiah dan Graduasi STAM 2012


 Barisan pentadbir sekolah dan tetamu jemputan pada hari tersebut

Bersama rakan2 dan Badrul, pelajar terbaik STAM 2011

2/5/ 2012  :  Lawatan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

aku ngn anak2 ikut lawatan Pusat Sumber gi Pesta Buku di PWTC....best sangat..

 Ulat2 buku SAMMPS

 Komik kegemaran Adam & Muaz


 
Ni la hasil tangkapan pada hari tu...:)
 Birthday present tuk my hubby

12/5/2012  : Hari Keluarga KGK SAMMPS

 Adam bersedia tuk lari..dapat no 3...hehehe
 Sofea nk msuk acara mkn epal tp pegang jer..huhuu


Ni gelagat si kecik saya, Balqis Humaira'



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...