Saturday 18 May 2013

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..lama x update blog..ape citer kawan2 ye?. Semalam sekolah kami telah menyambut Hari Guru secara sederhana kerana kami masih di dalam mood Peperiksaan Ptghn Tahun yg masih blm berakhir.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

16 Mei cukup bererti buat semua guru dan warga pendidik...sama-sama menyambut hari yg istimewa ini bersama pelajar2 yg dikasihi...

selain ucapan selamat hari guru daripada pelajar cikgu juga x lupa mengucapkannya kpd guru2 mereka yg menabur byk bakti, mendidik, membimbing, memimpin dan membantu mereka dahulu yg asalnya juga pelajar..dari tidak tahu kepada tahu, daripada xcerdik kpd lbh cerdik, drpd x mahu kepada mahu...semuanya bermula daripada seorang guru.
Siapa kata tugas guru senang? hanya guru yg tahu tugas seorang guru..hanya mereka yg pernah melaluinya tahu pahit getir liku-liku perjalanan seorang guru..
Setelah saya bergelar guru, saya lebih menghargai guru2 saya yg sblm ini byk berkorban untuk kecemerlangan pelajarnya..menjadikan saya berjaya dalam hidup.
indahnya hidup sebagai guru, stressnya jadi guru, berbahagianya saya mnjadi guru..alhamdulillah Allah telah lorongkan hidup saya menjadi seorang guru..kejayaan seorang guru adalah apabila melihat kejayaan anak didiknya...itu lah satu kepuasan bagi saya sebagai seorang guru..Tidak lah saya harapkan hadiah daripada pelajar, tetapi bg pelajar yg memberikan hadiah kepada saya selama ini terima kasih byk2 dan tahniah kepada anda kerana anda telah berjaya meluahkan penghargaan kepada guru anda. Tetapi jika tiada hadiah pun ckuplah sekadar berjumpa kami dgn mengucapkan selamat dan mendoakan kesejahteraan kami. Itu pun sudah cukup. kdg2 anak kecil yg berada di sekolah rendah lebih bagus menyatakan bhw mereka sayang pd guru mereka.

Selamat Hari Guru kpd teman2 guru walau di mana anda berada, teman2 di SAM Muhammadiah, bekas guru2 saya di SRK Sultan Abdul Aziz Kg Kuantan, SRA Pasangan, SAM Jeram, SMKA Simpang Lima, pensyarah UKM dan MPI Bangi..semoga anda berbahagia dan gembira dgn profesion anda..terima kasih Cikgu..saya sayang cikgu2 saya <3<3

Bagaimana dgn anda?
1. Apakah pandangan anda terhadap profesion guru?
2. Apakah cara yang anda lakukan utk menghargai guru?
Sudi2kan lah tinggalkan komen anda di sini ye..terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...