Sunday, 29 June 2014

Temasya sukan olahraga, acara padang dan balapan peringkat sekolah 2014

Alhamdulillah selesai sudah temasya sukan olahraga, acara padang dan balapan peringkat sekolah pada 26 Jun yang lalu di Stadium Sabak Bernam. Semua berjalan dengan lancar walaupun kekurangan kakitangan akibat ramai guru terlibat dengan kursus PT3 mata pelajaran masing-masing. Suasana yang meriah dan penuh semangat kesukanan pelajar amatlah dipuji. Syabas kepada yang berjaya. Tahniah Firqah Satria kerana mengekalkan kejuaraan...tahniah kepada naib juara Firqah Perdana dan tempat ke3 Firqah Persona.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

pembentangan kelas 5 Ekonomi 1 dan 5 Perdagangan

Assalamualaikum..terus membongkar gambar lama dalam laptop ni. Ini koleksi gambar pembentangan kelas Ekonomi 1..antara kelas2 yang aktif ketika pembentangan. Anda semua memang ada bakat dan potensi untuk terus maju. Tingkatkan usaha anda dan semoga terus berjaya pada masa-masa akan datang.

Tuesday, 24 June 2014

Pembentangan pelajar

Assalamualaikum..Ya Allah lamanya saya tidak menulis di sini...
Mungkin sebab terlalu sibuk dengan rutin harian, kerjaya, keluarga dan komitmen dalam menyambung pelajaran pada semester ke2 baru2 ini terlalu padat..x cukup masa rasanya..
hari ni belek2 picture dalam lappy ni rasa nk upload beberapa gambar sepanjang proses pembentangan pelajar tahun ini

Pembentangan pelajar yang pada saya amat baik dan perlu dipuji kerana semangat dan keberanian mereka. Generasi baru kini lebih terbuka daripada generasi saya dahulu..tahniah semua.



ini antara koleksi daripada kelas 5 Akaun 1..akan menyusul koleksi kelas lain pula selepas ini ye..InsyaAllah ade masa saya upload..

Friday, 28 June 2013

Bandung 3- Jalan2 Cari Makan

dh tgk tempat2 menarik..cer tgk makanan2 kat Bandung ni...so far saya masih boleh makan..sbb lapar tp ade jg kawan2 x leh nk telan..sbb kebanyakan makanan mereka nmpk kering..xde kuah..jd kami kena cari menu yg ada kuah..

jom kita tgk..


Ni makanan kami waktu sarapan kat hotel..sarapan dah termasuk dalam penginapan kami..so pg mkn free je. nasi mesti dibungkus dgn daun pisang..setiap pagi cuma lauknya berbeza sikit..hari pertama ikan..hari ke2 telur dan hari ke3 ikan lain plak..lauknya nmpk sama sebab mesti ade tempe dan suun dlmnya..dan ade sambal sedikit..ok la nasinya

Lauk tengahari dan petang/malam kami cari di luar. mcm2 tempat juga..
tempat ni memang cantik..ade disediakan tempat makan bersila..makanan yang kami pesan..ikan gurami masak pedas, sayur kangkung, ayam bakar, dan air capuccino, ais kelapa dan teh wangi.


Tempat ni dipanggil Seribu Satu Rasa..mcm2 pilihan makanan ade di sini...mcm2 gerai..banyak plak tu..tinggal pilih sahaja mana yg berkenan.
Kami order nasi goreng Hong Kong, nasi goreng ayam, nasi goreng gila dan pencuci mulutnya pisang bakar jem strawberi cheese...mmg best..marvelous


Satu tempat lagi yang memang saya teruja iaitu di Kampung Daun..satu tempat makan yang dibina di tempat yang berbukit2...di kelilingi hutan dan air terjun...kawasannya sangat cantik..lebih2 lagi kami dtg pd waktu malam...ta'jub seketika kerana tiada tempat seperti ini yang saya temui di Malaysia..

namanya juga pelik..gmbr pertama ni namanya Badigar..kuahnya santan dan gula merah, isinya buah kabung..diletak daun limau..rasanya blh tahan..mcm pengat


yang lain tu kami makan tempat2 biasa sahaja..tp ok la..cuma mungkin penyediaan makanan ada yang kurang bersih..terdedah tanpa ditutup..kalau tak tahan mmg boleh cirit birit..nasib baik dh sampai Malaysia baru saya cirit birit..sehari la juga...tu la risiko makan di tempat orang ni..mungkin x sesuai dgn perut kita.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...