sepanjang bulan Rejab dan Syaaban ni ramai lah yang puasa sunat dan tidak ketinggalan mengganti puasa Ramadhan yang lalu...sama la saya berusaha mengganti puasa yang banyak kali ni kerana mengganti puasa ketika bsalin anak yang ke4...di sini saya kongsikan sedikit berkaitan Nisfu Syaaban
KELEBIHAN NISFU SYAABAN
Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَتَدْرُونَ لِمَ سُمِّيَ شَعْبَانَ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ِلأَنَّهُ يَتَشَعَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ.
Yang bermaksud, Tahukah
kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah
dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian
kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.
Firman Allah,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ.
Yang bermaksud, Pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat)
tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak
berubah atau bertukar).
Al-Dukhaan: 4
‘Ikrimah dan sebahagian ulamak tafsir menjelaskan bahawa perkataan malam pada ayat ini bermaksud malam nisfu syaaban.
Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,
قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ
النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا،
فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ
الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ
مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ
كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
Yang bermaksud, Rasulullah
saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu
hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya
Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan
berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku
ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri
rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku
sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah
terbitnya fajar.
(Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah saw,
إِنَّ
اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا لَيْلَةَ مِنْ
شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لأَكْثَرَ مِنْ شَعْرِ غَنَمِ بَنِى كَلْبٍ.
Yang bermaksud, Sesungguhnya
Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka
diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb.
(Riwayat daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Terdapat pula dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda,
أَتَانِى
جِبْرِيلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَقَالَ يَا مُحَمَّدٌ
هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَأَبْوَابُ
الرَّحْمَةِ، فَقُمْ وَصَلِّ وَارْفَعْ رَأْسَكَ وَيَدَيْكَ إِلَى
السَّمَاءِ. فَقُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَا هَذِهِ اللَّيْلَةُ؟ فَقَالَ:
هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا ثَلاَثُمائَةِ بَابٍ مِنَ الرَّحْمَةِ،
فَيَغْفِرُ اللهُ تَعَالَى لِجَمِيعِ مَنْ لاَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا
إِلاَّ مَنْ كَانَ سَاحِرًا أَوْ كَاهِنًا أَوْ مُشَاحِنًا أَوْ مُدْمِنَ
خَمْرٍ أَوْ مُضِرًّا عَلَى الزِّنَا أَوْ آكِلَ الرِّبَا أَوْ عَاقَ
الوَالِدَيْنِ أَوِ النَّمَّامِ أَوْ قَاطِعَ الرَّحِمِ، فَإِنَّ هَؤُلاَءِ
لاَ يُغْفِرُ لَهُمْ حَتَّى يَتُوبُوا وَيَتْرُكُوا. فَخَرَجَ النَّبِيُّ
عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ فَصَلَّى وَبَكَى فِى سُجُودِهِ وَهُوَ
يَقُولُ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ
أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ
الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَى.
Yang bermaksud, Jibril
a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban seraya berkata:
Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan
pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah
kepala dan kedua tanganmu ke
langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya:
Inilah malam yang dibuka padanya tiga ratus pintu rahmat, Allah
mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyenyutukan sesuatu
dengan Allah dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang
tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum
arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka
kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan
silaturrahim. Maka
sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan
meninggalkan perbuatan tersebut. Lalu Nabi saw pun keluar dan bersolat
sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya: Sesungguhnya aku
berlindung kepada Engkau daripada seksaan dan kemurkaanMu. Dan tidaklah
aku dapat menghitung segala pujian kepadaMu, Engkau sebagaimana Engkau
memuji diriMu sendiri maka bagiMu segala pujian sehingga Engkau redha.
Imam
Syafi‘e berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat,
malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.
Daripada Saidina Umar Abdul Aziz r.a, beliau menulis kepada pegawainya di Basrah:
Bagi
kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah
mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal
Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha.
Apabila tiba bulan Rejab, Rasaulullah saw berdoa dengan doa ini,
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Justeru,
pada Nisfu Syaaban kita digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta
menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca
al-Quran, beristighfar dan melakukan solat sunat. Kemudian mohonlah doa
supaya diampunkan segala dosa, ditutup sebarang keaiban, dimurahkan
rezeki dan dimudahkan segala kesusahan.
KAIFIYYAT MEMBACA DOA MALAM NISFU SYAABAN
Membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
وَصَلَّى
اللهُ عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ،
اَللَّهُمَّ يَا ذَاالمَنِّ وَلاَ يَمُنُّ عَلَيْهِ يَا ذَاالجَلاَلِ
وَالإِكْرَامِ، يَا ذَاالطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ، لاَ اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
ظَهْرَ اللاَّجِينَ وَجَارَ المُسْـتَجِيرِينَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِينَ،
اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ
شَقِيًّا أَوْ مَحْرُومًا أَوْ مَطْرُودًا أَوْ مُقْـتَرًّا عَلَيَّ فِى
الرِزْقِ فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَطَرْدِي
وَاقْتِتَارِ رِزْقِي وَأَثْبِتْـنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ
سَعِيدًا مَرْزُوقًا مُوَفِّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ
الحَقُّ المُنَزَّلُ عَلَى لِسَانِ نَبِيَّكَ المُرْسَلِ يَمْحُوا اللهُ
مَا يَشَاءُ وَيُثَبِّتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ اِلَهِي بِالتَّجَلِّى
الأَعْظَمِ فِى لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ المُكَرَّمِ الَّتِى
يُفْرَقُ فِيهَا كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ وَيُبْرَمُ، أَسْـأَلُكَ أَنْ
تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ البَلاَءِ مَا نَعْلَمُ وَمَا لاَ نَعْلَمُ وَمَا
أَنَتَ بِهِ أَعْلَمُ إِنَّكَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ، وَصَلَّى اللهُ
تَعَالَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Rujukan:
Kitab al-Nafahat al-Nuraniyyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qamariyah.
Sehubungan itu, berkenaan
dengan fadhilat malam nisfu Syaaban serta menghidupkannya dengan ibadah-ibadah
merupakan khilaf ulama’. Justeru terdapat pandangan ulama’ yang
menyatakan hukumnya adalah harus. Maka bagi sesiapa yang ingin menghidupkan
malam nisfu Syaaban terdapat hujah-hujah yang mengharuskan. Manakala bagi pihak
yang tidak mahu menghidupkan malam-malam tersebut termasuk malam nisfu Syaaban
maka ia terpulang kerana hukum adalah harus, bukan wajib. Bagi mereka yang
melakukan dapat pahala sunat, dan yang tidak mahu melakukan tidak berdosa. Ia
merupakan khilaf pada perkara cabang. Selaku umat Islam, kita perlu memahami
adab berkhilaf dan tidak menjadikan khilaf yang berlaku sebagai perpecahan.
Jagalah kesatuan umat Islam, dan beramallah dengan keyakinan berdasarkan
hujah-hujah yang jelas, bukan hanya taklid tanpa pengetahuan.
No comments:
Post a Comment