Saturday, 18 May 2013

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..lama x update blog..ape citer kawan2 ye?. Semalam sekolah kami telah menyambut Hari Guru secara sederhana kerana kami masih di dalam mood Peperiksaan Ptghn Tahun yg masih blm berakhir.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

16 Mei cukup bererti buat semua guru dan warga pendidik...sama-sama menyambut hari yg istimewa ini bersama pelajar2 yg dikasihi...

selain ucapan selamat hari guru daripada pelajar cikgu juga x lupa mengucapkannya kpd guru2 mereka yg menabur byk bakti, mendidik, membimbing, memimpin dan membantu mereka dahulu yg asalnya juga pelajar..dari tidak tahu kepada tahu, daripada xcerdik kpd lbh cerdik, drpd x mahu kepada mahu...semuanya bermula daripada seorang guru.
Siapa kata tugas guru senang? hanya guru yg tahu tugas seorang guru..hanya mereka yg pernah melaluinya tahu pahit getir liku-liku perjalanan seorang guru..
Setelah saya bergelar guru, saya lebih menghargai guru2 saya yg sblm ini byk berkorban untuk kecemerlangan pelajarnya..menjadikan saya berjaya dalam hidup.
indahnya hidup sebagai guru, stressnya jadi guru, berbahagianya saya mnjadi guru..alhamdulillah Allah telah lorongkan hidup saya menjadi seorang guru..kejayaan seorang guru adalah apabila melihat kejayaan anak didiknya...itu lah satu kepuasan bagi saya sebagai seorang guru..Tidak lah saya harapkan hadiah daripada pelajar, tetapi bg pelajar yg memberikan hadiah kepada saya selama ini terima kasih byk2 dan tahniah kepada anda kerana anda telah berjaya meluahkan penghargaan kepada guru anda. Tetapi jika tiada hadiah pun ckuplah sekadar berjumpa kami dgn mengucapkan selamat dan mendoakan kesejahteraan kami. Itu pun sudah cukup. kdg2 anak kecil yg berada di sekolah rendah lebih bagus menyatakan bhw mereka sayang pd guru mereka.

Selamat Hari Guru kpd teman2 guru walau di mana anda berada, teman2 di SAM Muhammadiah, bekas guru2 saya di SRK Sultan Abdul Aziz Kg Kuantan, SRA Pasangan, SAM Jeram, SMKA Simpang Lima, pensyarah UKM dan MPI Bangi..semoga anda berbahagia dan gembira dgn profesion anda..terima kasih Cikgu..saya sayang cikgu2 saya <3<3

Bagaimana dgn anda?
1. Apakah pandangan anda terhadap profesion guru?
2. Apakah cara yang anda lakukan utk menghargai guru?
Sudi2kan lah tinggalkan komen anda di sini ye..terima kasih

Sunday, 10 March 2013

Jom Try

Tertarik ngn satu resepi yg dikongsi di fb...teringat seorang kawan yang pandai masak lasagna ni..tp sebab dia dh pindah Sarawak, x dapat la nk rasa lg masakan dia..so kena belajar buat la pasni kan...ade bahan nnt kita try.. selamat mencuba . Resepi lasagna mudah. Bahan-bahan :. Kepingan lasagna segera (Direbus sekejap dengan sedikit garam, dan minyak masak). Daging cincang/daging burger (sy guna daging burger Ramly satu peket). Sos spageti (sy guna setengah botol, jenama Kimball). Cendawan butang dalam tin. 2 sudu sos cili. Serbuk lada hitam. Serbuk oregano (optional). Garam gula secukup rasa. Bawang merah dan bawang putih untuk tumis. Bahan-bahan untuk sos keju :. 3 sudu mentega/butter. 4 sudu tepung gandum. Keju cheddar (1/3 buku drpd 250gram, selebihnya guna untuk tabur di atas lasagna). 500ml susu segar/campuran susu cair dlm tin dgn air. Garam secukup rasa. Cara-cara :. 1) Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan daging cincang dan masak sebentar. (Guna minyak sedikit sahaja, untuk elak daging jadi terlalu berminyak). 2) Masukkan sos spageti dan sos cili. 3) Masukkan cendawan butang, masak seketika. 4) Perisakan dengan serbuk lada hitam, garam gula, dan oregano. Lepas masak, biarkan suam (untuk elakkan lapisan lasagna jadi terlalu lembik bila diletakkan bersama). 5) Sediakan sos keju, dengan cairkan mentega dan tepung. Kemudian masukkan susu diikuti keju. Kacau, dan masukkan garam. Masak sehingga pekat. 6) Dalam satu bekas, susun acuan daging yang dimasak tadi sehingga padat. 7) Letakkan sos keju di atas lapisan daging, boleh tambah sedikit lada sulah kalau suka. Kemudia diikuti dengan lapisan lasagna yang telah direbus. 8) Susun lagi acuan daging dan sos keju. Dari resepi ni, boleh buat 2 lapisan, dan disusun dalam bekas yang besar, cukup 8-10 org makan. 9) Akhir sekali, taburkan keju cheddar di atas lapisan lasagna paling atas. Bakar sekejap dalam oven, suhu 190 dalam 15-20 minit sehingga keju cair. 10) Jika tiada oven, boleh cairkan keju cheddar (dgn teknik double boiler) dan curah perlahan-lahan atas lasagna. Sedap dimakan ketika panas-panas, dgn sos cili.

Thursday, 24 January 2013

KELAS MEMASAK

Assalamualaikum. Selamat menyambut Maulidur Rasul semua. Hari ni saya ikut kelas memasak dgn kawan2...teruja sgt nk join semalam..alhamdulillah dapat mengikuti kelas ni..kami masak Pai Epal dan Pizza Ringkas. Kat sini saya kongsikan cara membuat Pai epal tuk kawan2 ye. PAI EPAL. Bahan2 inti: 4 biji epal hijau (kupas kulit dan potong dadu atau nipis2.) 2 senduk gula pasir. 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis. 2 biji buah pelaga. 2 sudu tepung jagung. Bahan2 doh: 4 cawan tepung gandum. 3 biji kuning telur. 125 gm mentega/buttercup. Cara mbuat Inti: 1.Masukkan semua bahan inti dlm periuk. 2.Masak hingga epal lembut dan gulanya mjadi pekat. 3.Masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air dan tggu inti mjd pekat. 4.Angkat dan sejukkan seketika.
Cara membuat doh: 1.Campurkan semua bahan, gaul hingga doh jd lembut. 2.Utk acuan besar, bahagi doh kpd 2 bhgn/ bekas. 3.Tekankan doh ke dalam loyang. isi inti dan tutup dgn bahagian doh yg tinggal. 4.Sapukan telur atas doh dan bakar hingga kekuningan.
Bila dah siap macam ni la rupanya..rasanya yg rapuh dgn inti yg masam manis..marvelous la...hehee...selamat mencuba ye.
Jom tgk gambar kelas memasak kami.

Wednesday, 9 January 2013

Kecoh Ziana Zain datang sekolah

Assalam semua.. hari isnin baru ni sekolah kami kecoh dgn kedatangan penyanyi terkenal Ziana Zain nak daftarkan anak sulungnya di tingkatan 1...jgn kata pelajar teruja tgk dia, cikgu2nya pun x ketinggalan ambik gmbar ngn ZZ ni..hehehee...macam2...tp respect kat ZZ dan suaminya yg ckup sporting...anaknya pun cute la sgt...nnt blh amik gmbr anaknya plak ye...yg ni pun gmbr dari koleksi kawan2 saya..saya x bpeluang plak nk bgambar ngn dia..
gambar ZZ ngn ketua warden asrama...
gmbar cikgu2 yg berpeluang bgambar dgn ZZ di dlm pejabat Kecoh la sekolah kami hari tu...hari ni dlm sejarah la ada artis hntar anak ke sekolah agama kami ni.. :)

Friday, 4 January 2013

Menyingkap tirai 2013

Assalamualaikum... pejam celik pejam celik cepat je masa berlalu...tahun 2013 mula menyapa...memulakan thn baru dgn azam dan semangat yg baru... alhamdulillah tahun ini semuanya berjalan lancar...1 Januari 2013 disambut dgn kesyukuran...dapat meraikan hari lahir saya yg ke??...rahsia ye.. seronok dpt sambut secara sederhana dgn anak2 dan suami...alhamdulillah...
2 Januari 2013..bermula sesi persekolahan saya dan anak2...bermula la rutin harian seperti biasa..tp thn ni anak ke3 pun dh masuk Prasekolah yg sama ngn sek kebangsaan abang2nya...tiga2 naik bas..cuma pg pertama si kakak ni saya tumpangkan dgn cikgunya...hari ke2 dan ke3 dah blh naik bas dgn abg2nya...seronok sgt dia dgn pengalaman pertama ni...saya pun dpt pergi ke sekolah awal ckit sbb cuma perlu hntar si adik saje ke rumah pengasuh...klu dulu kelam kabut juga uruskan anak2 di sekolah yg berbeza..thn ni alhamdulillah mudah ckit.. tahun ni subjek yang diajar pun baru..3 kelas Pend al-Quran dan Sunnah ting 5, 4 kelas Pen Jasmani Ting 2 dan 2 kelas Bahasa Arab Al-Azhar Ting 2...Bahasa Arab Tingkatan 3 dah x ajar..thn lps la thn akhir ajar subjek ni..tp alhamdulillah satu kenangan manis buat saya kerana kejayaan yg begitu membanggakan dlam keputusan PMR yang diumumkan pada 19 Disember yg lalu...tahniah buat pelajar2 saya..
Kenangan manis 2012...:)

Saturday, 22 December 2012

Sekitar bandar Taiping

Assalam semua... Nak kongsi cter pasal cuti kami ke Taiping 15 hb Dis yg lepas..Tujuan asal kami nak hantar mak ke rumah adik yg baru pindah beb bulan ke Taiping, so alang2 dah ke sana pujuk lah cik abang tuk ronda2 kat sana esoknya...kami bertolak dari Sabak Bernam kul 6.00 petang..so kebanyakan laluan selepas Lumut tu dah mula gelap, ditambah pula dgn hujan renyai2...jadi pemanduan suami pun agak perlahan..dalam hati..lama lagi ke ni? kul bape nak sampai? x berani nk tnya suami lebih2..nnt dia marah plak..dh agak ayat yg akan kuar : tu la nak sangat berjalan..hehehee. So dok la diam2 sambil menikmati pemandangan malam...cantik juga ade lampu2nya...singgah makan malam kat pekan Pantai Remis...isi perut dulu akhirnya pukul 10 lbh baru kami sampai la rumah adik walaupun sesat la juga sbb hnya berpandukan GPS suami...kami pun x pernah sampai sini..tu yg teruja lebih cikit..ingatkan sampai malam anak2 mesti letih nak tdo je..siap2 la bentang toto tak juga tidur..ye la dah bergabung tenaga bersama sepupu2nya...kami yg tua2 ni la yg letih sangat..lepas mkn char kuew teaw ngn sate..x larat dah mata ni...tdo la dulu sblm anak2...ntah pukul bpe d org tdo pun aku x sedar.. pagi lagi kami dah kuar rumah lepas sarapan..baki sarapan tu kami isi dalam bekal..senang nnt klu lapar kan.. sampai di Zoo Taiping kul 9pg..org pun x ramai..ingatkan mmg org x minat nk gi zoo ni lg. Rupanya waktu kami nk kuar tghr tu ramainya org...beratur tggu train. Yang menariknya nk beli tiket zoo ni klu org Taiping atau yg ic d org Perak dapat diskaun 30%...nape la kat Selangor x buat camtu kan?..mesti best..
destinasi ke2 kami mandi air terjun bhampiran zoo taiping..Burmese Pool..letih juga nk mendaki naik atas tu..sbb kat bawah dh ramai orang..maklum la cuti..
kemudian kami ke Kuala Sepetang..pekena mee udang Mak Jah..pedas juga..ni la tempat yg sibuk org cter x sah klu x pegi..tp saya lbh suka rasa mee udang Tanjong karang dan BNO..kuahnya lebih pekat. makan mee udang kat Kuala Sepetang pun org tempatan kat cni separuh harga tau..klu org luar hrganya RM7.00. sib baik adik tau dan pernah makan kat situ..kira hrga org Taiping la..mmg ramai la org kat kedai mee udang ni...penuh meja..kena tggu turn org siap makan baru dpt meja..tp sib baik kami dtg tu dh ade 3 meja kosong..
gambar2 ni dirakam sepanjang percutian kami ke Taiping...
setakat ini lah saje catatan perjalanan saya bersama keluarga...sampai di rumah lbh kurang pukul 7 mlm..letih tp puas hati..alhamdulillah..

Aktiviti cuti sekolah

minggu akhir sekolah saya dah mula menjaga peperiksaan SPM di SMK Munsyi Abdullah hingga 6 hb Disember..tp jadual saya sampai 3hb Dis saje..pas tu mula la aktiviti di rumah bersama anak2..hantar anak2 lelaki ke Kem ibadah di Raudhatul Jannah..sekurg2nya masa mereka dapat dimanfaatkan dgn ilmu dan perkara yg bfaedah. Antara aktivitinya adalah solat dhuha berjemaah, bacaan Iqra', teknik menghafaz ayat2 Al-Quran, kelas Bahasa Arab, solat zohor secara berjemaah. Anak2 juga dilatih utk azan, Qamat dan juga menjadi imam..seronok kan. Spt biasa x sah rasanya klu cuti x dpt jalan2 kan..sib baik la suami nak juga bawak kami sekeluarga ke Taiping..tujuan asal nk bwk mak pegi rumah baru adik, alang2 sampai sana ronda2 la satu dua tempat..bandar Taiping mmg cantik..best sgt. Berbaloi la juga sbb perjalanan nk ke sana mmg jauh juga... sempat la juga amik beberapa keping gmbr buat kenangan... jom layannn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...