Sunday 29 June 2014

Temasya sukan olahraga, acara padang dan balapan peringkat sekolah 2014

Alhamdulillah selesai sudah temasya sukan olahraga, acara padang dan balapan peringkat sekolah pada 26 Jun yang lalu di Stadium Sabak Bernam. Semua berjalan dengan lancar walaupun kekurangan kakitangan akibat ramai guru terlibat dengan kursus PT3 mata pelajaran masing-masing. Suasana yang meriah dan penuh semangat kesukanan pelajar amatlah dipuji. Syabas kepada yang berjaya. Tahniah Firqah Satria kerana mengekalkan kejuaraan...tahniah kepada naib juara Firqah Perdana dan tempat ke3 Firqah Persona.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

pembentangan kelas 5 Ekonomi 1 dan 5 Perdagangan

Assalamualaikum..terus membongkar gambar lama dalam laptop ni. Ini koleksi gambar pembentangan kelas Ekonomi 1..antara kelas2 yang aktif ketika pembentangan. Anda semua memang ada bakat dan potensi untuk terus maju. Tingkatkan usaha anda dan semoga terus berjaya pada masa-masa akan datang.

Tuesday 24 June 2014

Pembentangan pelajar

Assalamualaikum..Ya Allah lamanya saya tidak menulis di sini...
Mungkin sebab terlalu sibuk dengan rutin harian, kerjaya, keluarga dan komitmen dalam menyambung pelajaran pada semester ke2 baru2 ini terlalu padat..x cukup masa rasanya..
hari ni belek2 picture dalam lappy ni rasa nk upload beberapa gambar sepanjang proses pembentangan pelajar tahun ini

Pembentangan pelajar yang pada saya amat baik dan perlu dipuji kerana semangat dan keberanian mereka. Generasi baru kini lebih terbuka daripada generasi saya dahulu..tahniah semua.



ini antara koleksi daripada kelas 5 Akaun 1..akan menyusul koleksi kelas lain pula selepas ini ye..InsyaAllah ade masa saya upload..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...